Wednesday, October 6, 2010



Saya, Malathy a/p  Subramaniam dari KPJ International College mengambil kursus Diploma In Physiotherapy ingin berterima kasih kepada Encik Hafis,iaitu pensyarah Pengajian Malaysia kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan blog ini agar kami dapat mempelajari serba sedikit tentang negara kita, Malaysia.






DADAH MEMBAWA PADAH
 Dalam menuju era globalisasi, negara Malaysia menghadapi pelbagai persaingan yang hebat dari pelbagai segi untuk terus membangun bagi mencapai kejayaan. Namun pelbagai kerenah remaja dan masyarakat yang tidak bertanggungjawab harus juga dihadapi oleh negara bagi mengelakkan nama negara dari terus tercemar di antero dunia.



Pelbagai masalah sosial,jenayah dan sebagainya tercipta, terutamanya  masalah pengunaan dadah yang semakin terjebak dalam kalangan rakyat. Pelbagai drastik yang kukuh diambil oleh pihak berkuasa untuk membendung kegiatan haram ini. Hal ini disebabkan oleh beberapa kes tangkapan yang berat telah berlaku di KLIA yang melibatkan pengeksportan dadah dari luar negara untuk eksport ke negara kita oleh orang asing baru-baru ini. Selain itu,terdapat juga rakyat kita yang merupakan musuh dalam selimut mengambil kesempatan mengedar dadah ke negara-negara jiran dan akhirnya ditangkap. Situasi seperti ini membawa nama buruk dan memberikan persepsi yang buruk terhadap rakyat dan negara kita,Malaysia seperti peribahasa melayu, "kerana nila setitik rosak susu belanga".
Pelbagai jenis-jenis dadah telah dihasilkan secara haram untuk mendatangkan keuntungan yang lumayan dengan hanya mengoyang kaki. Pengetahuan sebegini wajar dipaparkan kepada rakyat agar mereka tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang kotor seperti ini.
Antara jenis-jenis dadah yang mendapat tempat di hati penagih adalah:
                            
                           JENIS-JENIS DADAH 
                                              
                                              Syabu
Juga dikenali sebagai : Methamphetamine Hydrochloride/Ice
Syabu atau nama kimianya methamphetamine, adalah dadah peransang jenis amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).
Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walaubagaimanapun, pada hari ini kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)
Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .
KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN
* Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas
* Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2 - 3 hari
* Penurunan berat badan
* Tingkahlaku Agressif
* Paranoia
* Halusinasi
HUKUMAN
Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati memiliki:
  • 50 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, atau;
  • 30 gram atau lebih berat syabu hukumannya ialah PENJARA TIDAK KURANG 5 TAHUN atau PENJARA SEUMUR HIDUP atau 10 SEBATAN ROTAN.
Rujukan : pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/norazlan.htm
                                                        
                                                       Ganja
Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
                                                                                                                               
                                                                       Heroin
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk : Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain ; Big H , Dope , Smack , TNT
Cara             : Menguntik , Menghidu
Penggunaan
Ciri-ciri : Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan
              penagih tidak jelas , cemas , takut , sunggu
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
                                                                                                                                   
                                                                    Morfin
Definasi : Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat
                         gelap dan bertanda µ999 . Mengandungi 70% ± 90% morfin hidroklorid dan
                         setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
                         Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus
                         morfinnya 60% ± 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk : Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain : M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan : Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih : Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan ,
                           pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas .
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
                                                                                                                                              
                                                                  Candu
Definasi : Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah :  getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi
                         muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila
                         terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat
                        hitam.
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk : Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain : Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , ³O´ , Tar
Cara penggunaan: Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih :
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan  muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggu
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
                                                                                                                  
                                                                  Ecstacy/MDMA
Definasi : Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine .
               Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat
               hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah
               psychoactive .
Jenis/Bentuk : Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain : Pil Khayal,YABA, Pil goyang kepala YAMA
Cara penggunaan: Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih :
Gembira & terlalu  cergas,berpeluh       berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang  selera makan  mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering ,tidak boleh tidur
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
                                                                   
                                                     Ketamin
Definasi : Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim
              digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk : Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain : 'K´ , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan : Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih : Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran ,
                          sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan
                          identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan ,mual dan muntah.
s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760643/1/
Sebab-sebab Seseorang Mengambil Dadah
  1. Kerana ingin tahu
  2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
  3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah .
  4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .
  5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
  6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
  7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
  8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
  9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
    a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
    b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi
www.unicef.org/.../Remaja_dan_penyalahgunaan_dadah_2.pdf
         
   Faktor-faktor Penyalagunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja
Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara” merupakan kata-kata yang sering dilaung-
laungkan.Malangnya,remaja yang dianggap tunggak Negara ini,dilanda masalah penyalahgunaan
dadah.Pada pendapat anda,apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini?Jelaskan langkah-
langkah untuk mengatasinya.
“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan kata-kata yang sering dilaung-
laungkan.Malangnya remaja yang dianggap tunggak negara ini dilanda masalah penyalahgunaan
dadah.Walaupun telah banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,namun usaha ini tidak
langsung memberikan kesedaran terhadap para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.Siapakah
yang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-pihak yang tertentu?
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang
lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa ntuk
memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja.Mereka hanya
mementingkan materialistiksemata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahui
aktiviti semasa mereka.Ini akan menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu
melakukan sesuatu yang tidak diduga.Pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biar dari
rebungnya”,ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka dari sejak kecil dengan
memberikan didikan yang sempurna.
Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengan dadah. Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing-masing.Sepertimana yang kita lihat di televisyen dan dengar dari corong-corong radio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agama yang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainya lagi.
Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunia luar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan dan mereka inilah yang akan mempengaruhi remaja itu melakukan sesuatu diluar jangkaan.Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di ibu kota lebih mudah terjebak dengan aktiviti sosial secara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.Tambahan pula,bagi anak-anak yang meningkat remaja atau sudah pun bergelar remaja,mereka ini mempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan mereka juga terjebak dalam salah laku ini.Jadi,seterusnya disini,pihak-pihak kerajaan mahupun pihak yang bertanggungjawab seharusnya menganggap ini satu kes yang amat serius.Mereka sepatutnya mengadakan kempen bahayanya penyalahgunaan dadah kepada remaja-remaja ini.Pihak polis seharusnya membanteras
kes ini dengan secepat mungkin sebelum ia merebak seperti “api dalam belukar”.Dengan mengadakan
kempen-kempen ataupun ceramah dan motivasi,mungkin penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan
secara tidak langsung.
Konklusinya,dengan kerjasama pelbagai pihak,kes penyalahgunaan dadah ini mungkin akan
berkurangan..Jadi disini,ibu bapa,pihak kerajaan,pihak polis dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yang membawa padah ini.Dengan itu slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” dapat diteruskan dan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.
www.unicef.org/.../Remaja_dan_penyalahgunaan_dadah_2.pdf
Kesan-kesan Buruk Dadah
  1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
     2.  Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal
          pergerakan dan perimbangan badannya .
     3.  Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang
          dikongsi.
     4.  Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir
    belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
     5.  Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan ,
          pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
     6.  Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
     7.  Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian ,
          rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih
          sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup
          melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
     8.  Membawa maut kepada : -
             a. Diri sendiri
           Contohnya : Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
            b. Ahli keluarga
           Contohnya : Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang
                               untuk membeli dadah .
             
            c. Orang awam
 
           Contohnya : Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah
www.angelfire.com/on3/sladhl/jeniskesan.html
                                        
                                    Kimia dan Kesan kepada Neuron
Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut,
" Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell." [Neil Goodman, 2003, erowid.org].
Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat sementara waktu.
THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP.
www.angelfire.com/on3/sladhl/jeniskesan.html

No comments:

Post a Comment